Saturday, 25 June 2011

PATI JAMBU BATU SEGAR!! TERDAPAT SERAT DAN HIRISAN BUAH DI DALAM

pati jambu batu keluaran kami ini baru sahaja dipasarkan sekitar bulan januari 2011 dan masih dalam proses pengenalan kepada pelanggan,juga terdapat disesetengah kedai dan restoran sekitar johor dan melaka.Produk ini menggunakan 100% buah jambu asli untuk mengekalkan rasa sebenar jambu batu dan terdapat serat serta hirisan halus jambu agar pelanggan dapat menikmati kesegaran rasanya.
KHASIAT JAMBU BATU

Jambu batu dipercayai mempunyai sumber vitamin C yang tinggi di dalam bentuk asid askorbik.Secara perbandingan kandungan asid askorbik nya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain.Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding buah oren, 10-30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak dari buah betik.
     Selain daripada kandungan vitamin C yang tinggi,jambu batu juga didapati mengandungi vitamin A yang agak banyak,vitamin B-tiamina(B1),riboflavin (B2),asid nikotinik dan asid pantotenik.Jambu batu juga didapati mengandungi jumlah fosforus dan kalsium yang sederhana dan juga sedikit zat besi,kalium dan natrium
     Berdasarkan kepada komposisi biokimia yang terdapat pada jambu batu ini,ia merupakan salah satu buah yang begitu berkhasiat kepada semua lapisan masyarakat.Kandungan vitamin C yang tinggi sesuai dimakan oleh semua golongan kerana pengambilannya secara harian mampu mengekalkan vitamin C dalam badan manusia.Zat besi dan kalsium yang sederhana juga sesuai diambil khususnya golongan tua dan kanak-kanak untuk tujuan tumbesaran tulang yang baik dan proses memperbaiki sel-sel tulang yang rosak atau rapuh.

No comments:

Post a Comment